Halaman

Translate

Isnin, 21 April 2014

100 Peluangtercipta@peluangtercipta.blogspot.com

#100 peluangtercipta

Assalamualaikum..salam satu dunia..

Entri ini adalah entri yang ke-100 buat aku. So aku akan bercerita panjang lebar sikit, mungkin ada yang akan terlena dibuai mimpi membaca karangan aku ini. Apa yang hendak aku paparkan adalah berkisar tentang aku dan dunia blogging dan ianya adalah bersiri..he he
Mari  bersoal jawab..

Soalan 1 – siapakah weschairs? Adakah ini nama sebenar anda?

Jawapan – weschairs ini adalah nama pena yang aku gunakan dialam maya ini. Nama weschairs ini telah wujud sewaktu zaman MIRC tengah famous dulu.  Inilah nickname yang aku gunakan.Kalau nak citer lebih lanjut akan jadi panjang pulak jawapan aku ini. Jadi kesimpulannya ianya bukan nama sebenar.

Soalan 2 – jadi siapa nama sebenar anda?
Jawapan – nama sebenar…err..gagap juga aku nak jawab ni..nama aku agak panjang dan bagi setengah-setengah orang ianya adalah ganjil dan keganjilan ini mengundang pertanyaan dan pertanyaan kadangkala merimaskan aku pulak. .boleh panggil aku Shahril cukupla,ini yang dipanggil kaum-keluarga..walaupun kengkawan memanggil aku dengan nama yang lagi satu.

Soalan 3 – Kenapa buat blog? Best sangat ke?

Jawapan – aku pernah melihat dalam kaca TV seorang OKU yang obsess dengan blog hingga menimbulkan tanda-tanya buat aku. Best ker? Dari situ pun aku menanam minat aku untuk mencuba membina blog aku sendiri. Kalau nak tau sebab musabab yang lebih terperinci boleh baca di www baca di SINI. Ini entri lama aku; aku dah citer sikit dulu.

Soalan 4 – Pencapaian blog anda?

Jawapan – wah pendeknya  soalan ye. Okay, alhamdullilah bolehla. Aku pernah dapat tiket percuma bernilai rm 186 untuk artikel yang aku terbitkan.Dapat jemputan dari nuffnang untuk seminar 2hari satu malam di rumah panjang Awana Genting bertemu blogger2 hebat(aku x pergi sebab aku sibuk menghabiskan tiket percuma yang aku dapat)  Satu pencapaian yang menggembirakan aku juga waktu itu walaupun usia blog tidak sampai setahun pun pada masa itu. Dalam contest iPhone 5 anjuran Denaihati.com yang aku join pencapaian SEO dikalangan 85 peserta aku telah mendapat tempat ke-12. Ini pun membanggakan aku juga seorang peserta berstatus PR-0..heheh.

Soalan 5 – selain dari itu ada lagi tak yang boleh anda banggakan.

Jawapan – ada. Tetapi ini bukanlah pencapaian bagaimanapun boleh dikatakan menggembirakan hati aku jugakla.

Soalan 6 – teruskan..

Jawapan – baiklah. contohnya SWIFT CODE, korang tahu tak? Suatu ketika dulu aku mengalami kepayahan untuk membuat pemindahan wang dari  luar negara ke akaun bank diMalaysia. Setiap bank mempunyai kod nya tersendiri. Punya lah susah nak cari..jadi aku abadikan kod kod ini kedalam blog aku.Jadi bila ada yang menggunakan data yang diambil dari blog aku tentulah aku gembira. Lagi satu bila ada yang mohon untuk share info, memang aku tak kisah dan aku lagi suka. Contohnya info TERAPI WARNA, ianya memang karya original aku ketika aku menghadiri kursus Stress Management dulu. Bab-bab ilmu ini tak bolehla aku nak kedekut, betui tak.

Soalan 7 – status anda bujang atau suami orang?

Jawapan – isskh baru nak tanya? Apa punya soalan ini.

Soalans 8 – err jawapan anda..

Jawapan – seorang suami yang penyayang…he he

Soalan 9 – terima kasih kerana beri kerjasama dan share sedikit info dengan para pembaca
Jawapan – yelah


-tamat satu episod ….bersambung….. 


100 peluangtercipta
jumpa lagi..

Khamis, 10 April 2014

Pantun Gua Kelam


gua kelam,gua kelam perlis, gua kelam cave



Gua Kelam indah menawan,
Titian gantung mengusik jiwa,
Andai hidup tidak berkawan,
Ibarat badan tidak bernyawa.

Gua bersungai titi direntang,
Terowong bijih mengimbau nostalgia,
Maruah kita sama ditatang,
Supaya hidup aman bahagia.

Berkocak air dibawah titi,
Ikan melompat di malam gelita,
Dekat dimata saying di hati,
Itulah perlis negeri tercinta.

Terbang unggas di taman rusa,
Singgah makan di pinggir laman,
Andainya hilang budaya bangsa,
Hidup gelisah tidak berpedoman.

Kolam bijih airnya tenang,
Tempat minum hidupan di rimba,
Berbuat bakti kalau dicanang,
Ibarat air bocor ditimba.

Karya : ADNAN JAHAYA
PERSATUAN PENULIS PERLIS (3P)

-karya ini boleh dilihat dikawasan Gua Kelam, Perlis. Sememangnya ditulis khas untuk Gua Kelam


#MH370

Khamis, 3 April 2014

MH370 - MALAYSIA SEDANG DIPERHATIKAN DAN DINILAI

#MH370


mh370,#mh370,malaysia airlines system, lost malaysian air plane


Kehilangan pesawat MAS boeing 777 dikatakan menjadi kehilangan yang amat misteri dan menjadi tajuk bualan diseluruh dunia. Banyak spekulasi dibuat samada dari media tempatan mahupun luar negara. Sebuah kapal terbang yang amat besar hilang; pastilah menjadi tumpuan semua dengan macam-macam spekulasi.

Ada yang mengatakan ianya terdampar dibulan, dirampas dan didaratkan ditempat tertentu, ada juga yang mengatakan ada sesuatu yang amat berharga dibawa pesawat MH370 hingga ianya menarik minat pengganas untuk merampas pesawat. Macam-macam yang kita dengar dan semua spekulasi ini dikarang seakan-akan kisah benar lalu teori ini dikongsikan pula dalam laman sosial dan dikembangkan pula dikedai-kedai kopi. Apa pun buat masa ini kita cuma boleh menunggu teori yang mana benar atau tiada satu pun betul! Semua ini kalau dikumpul boleh buat tajuk buku pulak “Konspirasi atau kompilasi?”.


Pastinya aku juga mempunyai teori  tetapi aku hanya sudi berkongsi dengan kawan-kawan sahaja. Untuk menjadi penyumbang teori@spekulasi kepada yang sedia ada tidak sekali. Blog ini sifatnya sejuk tidak panas maka aku tidak akan menulis sebarang spekulasi disini.Kalau nak cari sebarang teori konspirasi  maaf, bukan disini tempatnya. Aku cuma ingin memberi pandangan tentang apa yang aku lihat dalam kes kehilangan pesawat MH370.


australian search area map,mh370 location,last_location_of_malaysian_air_plane
credit: AFP

Apa yang boleh anda lihat dan jangka? Diawal kehilangan pastinya semua orang perasan betapa kelam-kabutnya kita apabila tiba-tiba semua menyerbu untuk mendapat maklumat dari Malaysia. Wajah sugul jelas terpancar apabila memberi penjelasan tanpa sebarang maklumat yang membantu. Jawapan dalam siasatan dalam siasatan diulang ulang berulang kali. Yelah nak jawab apa lagi memang tiada maklumat lagi time tu, yang ada hanyalah pesawat MH370 hilang dari radar. Keesokkan harinya pun lebih kurang juga jawapan dari Malaysia dalam siasatan dan sedang dikenalpasti punca hilangnya pesawat boeing 777 itu.Ramai wartawan mula resah kerana kekurangan maklumat dan spekulasi mula timbul dan dikarang oleh media mahupun blogger sendiri dengan mengeledah segala maklumat yang boleh didapati. Hinggakan skandal 2-3 tahun dulu pun boleh dikorek. Dalam proses pencarian muncul Raja Bomoh yang datang menghulur bantuan. Atas jemputan seseorang Raja Bomoh menjalankan tugasnya dimana akhirnya menjadi bualan dalam media sosial kewajaran teknik yang diguna pakai beliau. Ada yang tersenyum kambing dalam isu ini yelah siap gaduh dengan bapak menteri lagi.

CNN menjadi kutukan warga Malaysia amnya kerana dikatakan memberi maklumat yang tidak telus dan sengaja jadi batu api dalam beberapa isu kehilangan pesawat Malaysia. Mungkin sengaja atau tidak CNN sendiri mengemukakan teori-teori yang pada pandangan umum amat menyakit hati. Malaysia pusat latihan pengganas?Al –Qaeda? Muslim-terrorist? Ini lah spekulasi CNN (+FBI)  yang mengguris hati rakyat Malaysia amnya. “Motif CNN? “Hanya tuhan yang tahu..


Cnn bluffing news on Mh370,mh370 news on CNN


Terima Kasih. Ucapan terima kasih diucapkan kepada para-para petugas pencarian MH370. Ada yang berpendapat tak perlu terima kasih sebab dah memang jadi tugas mereka. Pada hari-hari biasa mereka ini cuma rilek-rilek jer dalam kem tiba-tiba bila sekali sekala buat kerja kenapa nak kena puji dan terima kasih pulak? Aku memang kurang senang bila ada yang beri komen negatif sebegini. Cuba kalau kita mengadu letih bekerja hari tu tiba-tiba kawan-kawan mula berkata ‘alah ko hari-hari rilek jer baru kali ni buat kerja mengeluh pulak’. Macam mana panas tak telinga? Kalau sabar pun dalam hati mesti terbakar juga kan? Ok contoh kedua; andaikata kunci kereta hilang lalu ditanya pada kawan-kawan serumah (rumah bujang) dan semua buat endah tak endah ja jawab, apa perasaan korang? Andaikata kawan korang yang tengah rilek tu membantu mencari bersungguh-sungguh walaupun tak jumpa, apa perasaan korang masa itu? Mesti terharu punya betul tak? Ungkapan terima kasih wajar diberi pada sesiapa sahaja yang membantu..’orang berbudi kita berbahasa’.

Berbalik kepada tajuk , Malaysia sedang dinilai dari hari pertama kehilangan MH370. Kita dinilai dari setiap sudut. Integriti Malaysia dipertaruhkan samada rela atau tidak. Hubungan dua hala Malaysia-China juga diuji ketika ini, silap langkah buruklah hubungan dua-hala ini (pengamatan peribadi aku). Berita penculikkan dipulau peranginan di Sabah melibatkan warga China bisa menggeruhkan hubungan Malaysia-China jika silap ditangani.Negara-negara lain juga sedang menilai negara kecil Malaysia ini tentang kemampuan kita membuat keputusan, keupayaan kita, sistem pertahanan negara, tahap keselamatan, MAS dan sebagainya. Sememangnya kita sedang dinilai dan peristiwa ini ada pengajarannya…

-wassallam-


Sendiri komen sendiri tanggung..


-Apa yang dipaparkan disini adalah apa yang pernah keluar dimedia dan sedikit sentuhan pendapat peribadi aku sendiri. Tiada niat tersembunyi, #Pray4MH370