Halaman

Translate

Jumaat, 21 Februari 2014

Gua Kelam (2014)

Gua Kelam

Gua Kelam merupakan destinasi percutian yang popular diPerlis. Kali ini jum singgah di Gua Kelam. Walaupun popular tetapi ramai yang tak pernah sampai lagi. Sekembalinya aku dari Langkawi aku memutuskan untuk singgah di gua peranginan popular dinegeri Perlis ini.

Eagle feeding Langkawi video..promote sikit

Kenapa tak citer pasal Langkawi lak yer? Hmm…Langkawi memang dah cukup popular dan aku memang jarang nak citer tempat-tempat macamni yang memang ramai dah tahu jadi biarlah aku promote GUA KELAM buat pengunjung blog aku ini.

Jumaat, 14 Februari 2014

Isnin, 3 Februari 2014

Tayar dan alignment


sport rim murah,harga alignment,alignment tayar kereta,tayar dan alignment

Pernah tukar tayar kereta? Kalau pakai kereta mestilah pernahkan..Bulan lepas aku ke kedai tayar dan tentulah nak tukar tayar. Sedang aku berehat sementara tunggu tayar aku siap dipasang, datang mamat (bukan mamat khalid yer) yang tukar tayar aku tadi. "Bang tayar mau buat alignment ka?" Cuba teka apa aku jawab? ...."mau" (mestilah mau betui tak?)..sambung mamat tadi " alignment kalau buat dua belas ringgit" cuba teka apa aku jawab...."ok" (mestilah ok betui tak?)

Persoalannya disini, kalau pembaca sendiri bagaimana? Mesti jawab sama dengan aku jugakkan? Yelah takkan nak bawak kereta dengan tayar dalam keaadan gelong pulakkan. Kalau dah tukar tayar memang kena buat alignment, betul tak? Ibarat order mee rebus kemudian ditanya samada camca dan garfu hendak atau tidak..nampakkan?

Bukannya aku marah kena tambah dua belas ringgit, tidak! Aku sebenarnya memang dah jangka akan kena bayaran alignment.Aku mempunyai dua pandangan dalam bab ini, sepatutnya tiada bayaran alignment dikenakan untuk mereka yang menukar tayar apatah lagi sportrim. Pandangan kedua kalau tak boleh bagi percuma, biarlah separuh je bayaran dikenakan iaitu enam ringgit adalah memadai memandang mereka juga telah untung apabila kita membeli tayar.

Ini bukanlah artikel marah-marah tetapi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman.Kalau tauke-tauke kedai tayar membaca artikel ini mungkin boleh mempertimbangkan cadangan ini.Terima kasih sebab sudi membaca artikel aku yang simple bangat ini..

Sampai berjumpa lagi..


*alignment = penjajaran

*sibuk bercuti baru-baru ini  :)