Halaman

Translate

Ahad, 12 Januari 2014

Gerbang Malam dan Loken Ipoh

Gerbang Malam dan Pasar Karat Ipoh (Loking)

Ok kalau tengok tajuk aku kat atas tu rasa-rasanya dah boleh agak lokasi kita kali ini. Bila sebut berjalan di Ipoh rata-ratanya akan berkerut dahi memikior (cakap perak da) apa yang ada di Ipoh? Benar, ramai yang akan tertanya-tanya benarkah ada tempat yang menarik di Ipoh dengan mengatakan Ipoh tempat yang membosankan. Orang Ipoh jangan marah-marah pulak ye bukan aku yang kata tau..
Oklah kalau tak tau nak pusing mana-mana apa kata try jenguk dua tempat ini : gerbang malam dan Loking (Loken).

ipoh mali, hotel di ipoh, tempat makan best di ipoh
Ipoh dikelilingi banjaran gunung dan bukit batu kapur


Gerbang malam terletak di jalan Tahwil Azhar waktu operasi jam 9 malam sampai jam 1 pagi. Apa yang sempoi sangat? Iskh janganla tanya camtu; berkonsepkan ‘uptown market’, gerbang malam menjanjikan kelainan membeli-belah diwaktu malam. Best tak best ikut penilaian korang jela tapi sekurang-kurangnya boleh cuci-cuci mata tengok barangan yang dijual dan ada juga aktiviti diwaktu malam yang boleh dikunjungi di gerbang malam. Barangan yang dijual disini sudah tentu berlainan dengan uptown market ditempat lain. Cermin mata, minyak wangi, cincin-cincin, pakaian, refleksologi, karya seni seperti lukisan atas papan, khat dan macam-macam lagi. (Jarak lebih kurang 1km luasnya).

Isnin, 6 Januari 2014

Fitnah dibawa facebook

Fitnah dalam Facebook!

Assalamualaikum dan salam satu dunia,

Kalau tengok tajuk pun mesti korang dah dapat idea apa benda yang aku nak cerita. Yelah pada tahun lepas sahaja aku dapati banyak berita yang tidak sahih tetapi cepat benar disebarkan. Salah siapa? Pada mereka yang memulakan cerita mungkin ada motif tertentu seperti dendam atau strategi menjatuhkan perniagaan atau reputasi seseorang. Pada blogger pula kenapa cepat sangat percaya?
facebook malaysia


Menjadi lumrah barangkali untuk mensensasikan cerita-cerita begini yelah mudah dapat traffic sebab ramai yang ingin tahu. Kalau terbukti tak benar buat pulak lagi satu entri menafikan balik, senang je kan. Oklah aku bukan nak membebel  atau memburukkan mana-mana blogger atau pembaca. Inilah era baru dimana tanpa berjumpa bomoh (aku langsung tak percaya bomoh pun) pun kita boleh jatuhkan siapa-siapa. Tulis maklumat elok-elok serta letak fakta tipu dan gambar sedikit sudah cukup untuk menjatuhkan sesiapa. Sememangnya strategi begini akan berjaya apatah lagi ianya disebarkan pula melalui facebook.

Sememangnya kita susah nak mengenalpasti samada ianya benar atau palsu berita tersebut dan kebiasaannya kita akan menggangap semestinya benar, kalau tipu buat pe nak letak dalam facebook kan? Antara yang cerita yang famous ialah air mineral spritzer yang kononnya sumber airnya adalah berdekatan dengan jirat cina dan airnya telah tercemar. Bagi anda yang masih ragu-ragu buanglah keraguan anda kerana ianya tidak benar sama sekali. Spritzer tidak menggunakan telaga terbuka sebaliknya telaga tiub yang dihubungkan terus ke sumber air bawah tanah dan kualiti airnya sentiasa dipantau oleh jabatan kerajaan yang terlibat dan letaknya telaga ini adalah jauh dari jirat cina yang dimaksudkan.

Satu lagi kisah ialah isu tulisan insyaallah dan In Sha allah. Tidak boleh tulis insyaallah tetapi kena tulis in sha allah dengan menyertakan gambar seorang ustaz untuk menambah keyakinan. Kalau tulis insyaallah bererti mencipta Allah atau buat Allah jadi kena tulis in sha Allah. Aku bertanya pada rakan aku yang sharekan maklumat ini dan beliau dengan penuh yakin cuba menyakinkan aku walaupun aku memberitahu bunyinya tetap sama tiada beza pun. Mujur ada yang bertanya kepada penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus untuk kepastian dan beliau telah menjawab dengan penuh detail. Maka video Ustaz Ahar Idrus ini aku tag kan kepada rakan aku dan beliau mengucapkan terima kasih kembali. Bukanlah aku nak berbangga dengan peristiwa ini, tidak tidak..aku percaya ada pihak yang telah silap taksir ejaaan rumi dan arab lantas telah membuat kesilapan ini. Kepada para pembaca tiada masalah nak tulis insyaallah atau in sha allah kerana maknanya tidak berubah sama sekali.Banyak lagi fitnah-fitnah yang muncul dalam facebook pada tahun lepas dengan motif tersendiri tetapi cukuplah dengan dua contoh yang diberi, yang penting intipati entri ini.

Kesimpulannya , berhati-hati dengan apa yang anda baca..peringatan ini buat kita semua..ingat sharing is caring tetapi kalau silap share boleh dapat dosa sepiring (manala tau kan)…


Wasallam…

Welcome 2014
Visit Malaysia2014

Rabu, 1 Januari 2014

Bloglist PuteriKasih.com2014


Bloglist PuteriKasih.com2014



Selamat datang 2014..

Tahun 2013 telah berlalu dan meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis. Melihat banner kat atas tu pun pasti dah boleh agakkan?Memang aku suka singgah merehatkan minda di Puterikasih.com ni. Okla kali ini nak join segmen Bloglist Puteri Kasih ini pulak.Kalau ikut syarat-syaratnya simple jer letak banner dan lengkapkan ayat. Banner dah letak; jum lengkapkan ayat..

Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com2014 kerana saya suka jika cik Puteri merajinkan diri singgah diblog saya selalu he he..sekurang-kurangnya mengeratkan silaturahim diantara blogger dan dapat juga menumpang populariti blog Puterikasih.com(bodek nampak :)).Apapun selamat maju jaya jugalah buat Puterikasih.com, bersama-samalah kita memeriahkan dunia blogger.


:)


-bukaminda-