Halaman

Translate

Jumaat, 15 November 2013

Beza Typoon, Hurricane dan Cyclone

Kali ini kita rilek dengan info santai ini.

Perbezaan antara Typoon, Hurricane dan Cyclone

Dalam bahasa Inggeris kita biasa mendengar perkataan ini typoon, hurricane dan cyclone. Namun apakah perbezaan antara ketiga-tiga fenomena ini?

Sebenarnya tiada beza pun kih kih ..maaf aku ketawa sikit..ok jum serius balik. Ahli sains memanggilnya berbeza mengikut keadaan dan dari mana ianya berlaku.Jika ianya dari lautan Atlantik dan Pasifik utara maka ianya dipanggil ‘Hurricane’ sempena nama dewa jahat carribean, Hurrican. Sekiranya dari barat lautan Pasifik ianya akan dipanggil ‘Typoon’. Jika ianya berlaku ditenggara lautan hindi dan barat daya pasifik ianya akan dipanggil ‘severe tropicals cyclones’ atau kalau diterjemah bunyinya lebih kurang siklon tropika yang teruk.  Kalau berlaku dibarat daya lautan hindi dipanggil ‘tropical cylone’ atau diterjemah sebagai siklon tropika.


hurricane,typon,cyclone,ribut taufan,taufan ganas
imej kredit :www.region4b.org

Untuk layak digelar Typoon,Hurricane dan Cyclone ini; kelajuan angin haruslah mencecah 119km sejam (74batu sejam)

Jika ‘Hurricane’ itu mencapai kelajuan 179km sejam (111batu sejam ), ia dinaik taraf kepada " Intense Hurricane ".

Jika ‘Typoon’  melanda kawasan 241 kilometer sejam maka ianya dipanggil ‘Super Typoon’-

Dalam bahasa kalau nak ditranslatekan bunyinya sama saja : ribut taufan, angin taufan dan angin ribut..sama ja kan kalau translate ikut google ‘Typoon,Hurricane and Cyclone ‘akan diterjemahkan sebagai ‘Taufan,Taufan dan Taufan’!!

Para saintis telah membahaskan adakah  disebabkan pemanasan global yang dikaitkan dengan manusia menjadi punca taufan-taufan ini semakin kuat atau juga menyebabkan makin banyak taufan-taufan ini muncul?


Info Kredit: National Geografic


Salam Hormat..

Khamis, 7 November 2013

Percutian diatas Kapal Star Cruises Libra


Star Cruise, kapal pelancongan,melancong diatas kapal

Star Cruise Libra

Teringin bercuti diatas kapal? Mungkin Star Cruise Libra adalah jawapannya. Ok ini adalah kisah benar aku diatas kapal ini. Percutian aku ini ditaja oleh majikan aku. Kiranya budget annual dinner kali ini dibuat diatas kapal. Star Cruise Libra ini berlabuh di pelabuhan Swettenham Pulau Pinang. Jumlah bilik tidur yang disediakan adalah sebanyak 626 bilik. Check in- bermula seawal 4.30 petang. Selewat-leawatnya sebelum 8.30 malam sebab kapal besar ini akan mula bergerak tepat jam 9 malam. Check-out 10 pagi. Trip ini cuma pusing-pusing Pulau Pinang bukan menuju ke Phuket atau kemana-mana. Yang tu pakej lain yer. 


hiburan ketika menaiki kapal
Sambil beratur memasuki kapal boleh layan hiburan dari mereka ini..



Buffet  6 p.m – 9 p.m (Deck9)

Masa makan malam(buffet) bermula dari pukul 6petang hingga 9 malam untuk semua pelanggan kapal. Memang best dan sedap makanan yang disediakan..semuanya halal. Maaf tiada gambar makanan yang aku ambil, yelah aku sibuk mengambil macam-macam juadah. Kalau nak cerita apa yang ambil aku pun segan nak bagitau he he he kang terkejut pulak. So disini aku bagi sedikit sedikit tips, check in awal sebelum pukul 6. Standby air mineral satu dalam bilik.Tepat pukul 6 cepat-cepat pergi makan.Bila kenyang balik bilik istirehat jap dan sembahyang . Pukul 8 lebih pergi semula dan sambung makan balik. Biar perut kenyang baru best nak ronda-ronda dalam kapal ini. Kalau lapar lepas tu kenala makan direstoran atas kapal ini, tentulah kena bayar pula.

gadis malaysia,beautifull malay girl,malay girls for rent,malay girl
Hmm..

v for vendetta,lone ranger vs vendetta
Entah siapa pulak mereka berdua ni kan?

sweet girl and the ship,the ship and girls,malay nude girls
Tetamu-tetamu kapal


Bilik Tidur

Tentang bilik pula, ikut budget la..tinggi budget lebih sempoi la biliknya (tiada gambar ye). Pengalaman tidur diatas kapal itu yang penting. Jangan expect tinggi sangat yer sebab ruang bilik takla sebesar macamana kita tinggal dihotel-hotel biasa. Bagaimanapun semua kemudahan lengkap. Ok Tips lagi : bawa powerbank untuk mengecas handphone anda. Setiap bilik terdapat televisyen..eh tu pun nak bagitau ke? Rilek jangan marah apa yang menariknya dalam TV ini terdapat paparan navigasi kapal untuk membolehkan kita mengetahui kedudukan kapal dan satu saluran CCTV luar kapal membolehkan kita tengok pemandangan depan kapal ( entahla nampak laut jer..).  

navigasi kapal, navigation on the ship
Navigasi kapal yang boleh dilihat diskrin TV


cappucino and mocha,mocha and cappucino,the best cappucino
Secawan Capuccino dan Mocha sambil layan TV didalam bilik..



Stardust Lounge (Deck5)

Lepas makan tadi, dalam pukul 9 kita gerak ke Stardust Lounge ini untuk menyaksikan pertunjukkan dari Eropah. Tarian,nyanyian+sketsa dan sedikit akrobatik merupakan initpati pertunjukkan ini. Ini pun percuma juga buat semua pengunjung kapal. Bolehla rehatkan perut tadi. Kalau ngantuk tidur je dalam tu  ha ha. Lepas pertunjukkan terpulanglah nak kemana pun nak berkaroke ke nak makan lagi ke nak berdisko ke ikut suka hati korangla.Ingat la tuhan sama...


Swimming Pool (Deck9)

Swimming pool terletak diruang atas kapal. Ramai yang suka lepak kat sini sambil tengok permandangan luar. Disini juga ada live-band dimana kita boleh sambii baring diatas kerusi kolam renang sambil mendengar alunan muzik RnB, Pop, Blues dan Kontemporary. Aku lepak juga disini sekejap.

swimming pool on the ship
Kawasan Swimming Pool


night view from the ship, penang night view
Pemandangan malam yang diambil dari atas kapal


Blue Lagoon dan Spices (Deck10)

Apa benda ini. Ok, ini adalah restoran berstatus halal diatas kapal ini,so buat pengunjung beragama Islam boleh la makan disini atau lepak minum secawan kopi ker.Restoran ni agak terlindung sikit so kena cari pelan-pelan lagipun Deck10 tak luas mana so senang nak jumpa.Mula-mula tercari-cari jugak restoran ni, yelah rasa nak minum secawan kopi la pulak tapi yang nampak adalah 3 kedai minum tidak halal (bar). Aku cuma singgah tengok-tengok camtu jer lepas balik bilik aku order secawan cappuccino dan mocha dan 2 ketul biskut.


Makan pagi/ Breakfast 7a.m-9.30a.m (Deck9)

Makan pagi pun best juga. Kepelbagaian menu yang disediakan pada pendapat aku okla. Aku mengambil sarapan dengan secawan susu segar , roti canai, sepinggan nasi goreng dan telur serta sedikit buah tembikai susu. Breakfast ni pun percuma jer buat semua.


morning view
Sambil sarapan boleh tengok luar



Lain-lain

Kedai Duty Free (bebas cukai), Klinik, Kasino, Kedai jamtangan,Kedai beg  kulit , gymnasium,bilik disko, karaoke, bilik jogging, meja ping-pong, pusat urut (massage centre), Sauna, Jakuzzi, Saloon dan lain-lain. Yang aku tulis tu setakat yang aku perasan jela.

boat during the emergency,boat on the ship
Bot-bot kecemasan memang banyak ditepi kapal


deck5,star cruise libra
Time nak balik terpusing-pusing dikawasan ini, Deck5


model star cruise libra,kapal star cruise libra
Model kapal Star Cruises Libra, Deck4




Macamana hendak kesana?

Kena pergi Pulau Pinang dulu la yer. Berdekatan dengan bulatan padang kota lama terdapat kaunter –kaunter jualan tiket . boleh beli disitu atau pergi terus ke kaunter utama bangunan  Swettenham Pier tu. Kalau nak buat event atas kapal ni kena pergi pejabat Star Cruise la kan kalau tanya yang jaga kaunter tu dah tentula tak boleh.

swettenham pier, pier swettenham
Swettenham Pier

office star cruises
Pejabat Star Cruises berdekatan dengan kawasan bank dekat-dekat situ jugakla cuma di lorong yang lain


Lain-lain maklumat atau kalau nak tengok gambar-gambar yang lagi cantik dari yang aku tunjuk boleh layari laman web yang tertera dibawah:



  Maklumat tambahan dan nasihat (nasihat dari aku ler)

1.Sila bersama Kad Pengenalan (IC) atau Passport. Tanpa mana-mana dokumen tersebut anda tidak dibenarkan menaiki kapal.
2.Bawa ubat-ubat yang diperlukan anda
3.Jangan bawa benda-benda tajam, barangan anda akan diimbas  melalui mesin pengimbas metal
4- Anda dinasihatkan agar tidak menghidupkan telefon anda semasa berada diperairan antarabangsa. Kadar caj adalah mengikut perantauan antarabangsa. Guna mod penerbangan (flight mode)
5.Jaga kad akses anda, jangan tukar dengan sesiapa. Sekiranya anda membeli apa-apa perkhidmatan anda perlu membayar unutk penukaran kad akses kepada kad pengenalan nanti. (kad pengenalan diambil dan diganti dengan kad akses sewaktu menaiki kapal)
6. Makanan dan minuman dari luar adalah dilarang. So nak bawak air mineral pegang siap-siap masa check-in . Air mineral dibenarkan bawa masuk ok.
7.Bagi yang beragama Islam dinasihatkan agar tidak berjudiHaram


Komen Terakhir

Aku agak pening-pening sikit semasa diatas kapal ini ditambah dengan tak cukup tidur sebelum menaiki kapal ini. Tips yang terakhir : bawalah minyak angin bersama he he


-jumpa lagi

Jumaat, 1 November 2013

Minumlah Air Putih Sebaik Bangun Tidur

Kenapa Perlu Minum Air Putih Sebaik Bangun Dari Tidur?

Mesti ada yang pernah dengar nasihat supaya minum air putih sebaik bangun tidur dengan alas an dapat membuang toksin atau cuci dalaman badan. Benarkah? Okay berikut adalah maklumat yang rasanya bagus untuk dikongsi bersama..

Mengimbangi sistem buah pinggang
Tubuh perlu memiliki air yang cukup untuk menghalang dari terhidrasi dan ini akan memaksimumkan fungsi tubuh, memastikan tahap cairan seimbang dan mencegah jangkitan.

Kulit lebih berseri
Air putih jika kerap diminum dapat membantu menyingkir racun didalam tubuh kita dan seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan dapat membersih racun dalam darah.

Melansingkan tubuh
Minumlah dua gelas air apabila bangun dari tidur pada waktu pagi, ianya dapat meningkatkan metabolism tubuh sebanyak 24 peratus

Membersihkan usus
Apabila minum ketika perut kosong secara langsung ianya membantu membersihkan usus dan membuatkannya lebih mudah menyerap nutrisi makanan kemudiannya.

Menambah darah
Jika anda selalu lesu, pening dan anemia minumlah air putih dengan jumlah yang mencukupi. Ianya akan membantu tubuh dalam pembentukan sel otot dan membentuk sel darah yang baru.

-Selamat Mencuba J

(Ruj:Wanita Ogos2013, ms70)


p/s : gambar air putih try tengok kat dapur anda sendiri yer..