Halaman

Translate

Khamis, 24 Oktober 2013

Nissan Zeod - kereta elektrik terpantas?

Zeod,nissan zeod, nissan electric car
Nissan Zeod RC

Nissan telah mengumumkan kereta elektrik terpantas mereka Nissan Zeod RC dalam 2 bulan yang lepas. Pihak Nissan telah dijemput untuk menyertai perlumbaan Le-Mans untuk kereta elektrik pada tahun depan (2014). Makna perkataaan ZEODRC - Zero Emission On-Demand Racing Car. Jemputan untuk menyertai LeMans (Racing 24 jam tau) ini adalah untuk kategori "Garage 56".

Pihak Nissan bagaimanapun masih ingin mencuba beberapa gabungan variasi motor elektrik dan enjin mekanikal sebelum bermulanya perlumbaan LeMans ini. Maksudnya kemungkinannya ini akan menjadi model hybrid.Nissan bercadang untuk menayangkan perkembangan kereta ini dalam Nismo .tv saluran Youtube.



Nissan Leaf merupakan kereta berkuasa elektrik yang dikeluarkan oleh Nissan sebelum ini.



Selamat Membaca..

Rabu, 16 Oktober 2013

Serangan Sakit Jantung Ketika Berseorangan - Apa Yang Patut Dibuat?


Stres, Stress, how to oercome stress, stress management, heart


Waktu dah 4.40 petang..masa untuk balik rumah yelah badan pun dah letih lesu dan stres. Dalam perjalanan pulang bersendirian (dengan kereta tau),stres memikirkan tentang kerja tiba-tiba rasa sakit yang amat sangat dibahagian dada dan rasa sakit ini mula melarat ke tangan dan dagu. “ Apa yang perlu dibuat???”

Hospital terdekat cuma 10 minit dari anda tetapi anda sendiri tidak pasti sempat atau tidak untuk dihospital.. Apa yang perlu dibuat??”

Anda telah dilatih tentang CPR, tetapi tidak untuk diri sendiri… “ Apa yang perlu dibuat??”
“Banyak orang diserang sakit jantung ketika bersendirian”

heart attack, carta jantung,sakit jantung, gambar jantung


Serangan sakit jantung banyak berlaku ketika sendirian, degupan jantung yang tidak tentu arah akan memungkinkan kematian mengejut dengan jarak masa sepuluh saat. Ditambah dengan rasa ingin pitam.. “apa yang perlu anda buat pada saat-saat begini?”

“Bagaimana nak menyelamatkan diri sendiri ketika berhadapan situasi ini?”

Jawapan:
Jangan panik.. batuklah secara keras dan berterusan.Tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk seolah-olah seperti kita ingin mengeluarkan kahak didalam dada.Batuk hendaklah disambung-sambung setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan tiba atau apabila ianya berdenyut seperti biasa.
rochester general hospitalTarikkan nafas dalam-dalam dapat membantu paru-paru mendapat oksigen dan apabila kita batuk secara keras dapat menekan jantung dan membantu kelancaran pengaliran darah. Dengan mengenakan tekanan keatas jantung ini dapat membantu mendapatkan kembali ritma denyutan normal jantung. Dengan ini mangsa serangan sakit jantung dapat sampai ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan..
Artikel ini dikongsi dari Journal of General Hospital Rochester.

Kongsikan maklumat ini kepada  setiap orang yang anda kenal..Anda tidak dapat menduga ianya mungkin akan menyerang anda suatu hari nanti meskipun anda tidak pernah mendapat serangan sakit jantung;
Meskipun anda masih muda..meskipun anda kelihatan sihat..

JUMPA LAGI..


p/s : sharing is caring

Rabu, 9 Oktober 2013

MAYBANK SWIFT KOD

MAYBANK SWIFT KOD / Maybank Swift Code

maybank, swift kod for maybank,maybank swift kod


MAYBANK SWIFT CODE ADALAH MBBEMYKLXXX

Lain-lain kod Maybank boleh klik kat bawah tu yer..

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu Swift Code ni..Secara ringkasnya ialah apabila kita hendak melakukan pemindahan wang secara talian atau wire transfer dalam bahasa inggerisnya.Contoh bagi mereka yang bermain saham dalam E-Trade (Bursa Saham Amerika) ; pada masa nak jual kita boleh pilih samada melalui cek atau secara talian.Kalau secara talian salah satu perkara wajib ialah Swift Kod ini. Dari E-Trade kita boleh secara terus transfer duit ke akaun bank kita. Mungkin ada yang ternganga tak paham tapi takpela ini sekadar info sahaja.Buat mereka yang tercari-tercari Swift Code ini tahniah kerana anda telah sampai disini.

Salah satu kata kunci yang menarik masuk ke blog aku ini ialah MAYBANK SWIFT CODE, jadi aku permudahkan lagi pencarian mereka ini. Sebelum ini dalam entri aku yang terawal aku dah bercerita tentang Swift Kod ini. Untuk Swift Code bank-bank di Malaysia dan penerangan lain tentang Swift Kod ini, anda boleh rujuk di sini :



p/s : penggunaan dua perkataan code dan kod adalah disengajakan..harap maklumJ

Rabu, 2 Oktober 2013

Pulau Dua Negara - Pulau Sebatik


Indonesian and Malaysian Flag

Pulau Sebatik..pernah dengar atau sampai? Bagi penduduk Sabah (Malaysia) terutama dari kawasan Tawau mungkin tidak asing lagi. Dari segi sejarah pulau ini pernah terjadi pertempuran hebat antara tentera Indonesia dan Malaysia sewaktu Konfrantasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1965.

pandangan atas Pulau SebatikMaps of Sebatik Island

Apa yang uniknya Pulau Sebatik ini ialah ianya ditadbir oleh dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dikawasan persempadanan (betul ka ayat aku nih) masing-masing. Populasi penduduknya pula ialah seramai 25,000-Malaysia, 80,000-Indonesia. Masyarakat disini rata-ratanya menampung hidup dengan hasil laut dan pertanian.  Bandar Tawau menjadi Bandar yang popular bagi masyarakat disini untuk membeli barangan harian. Jarak ke Bandar Tawau cuma 15minit berbanding Pulau Nunukan yang mengambil masa 30 minit.
Bila disebut dua negara tentulah mempunyai dua matawang bukan. Ringgit lebih popular berbanding rupiah kerana nilainya yang lebih tinggi.Meskipun kadangkala terdapat isu panas membabitkan pemilikan Pulau Sebatik antara Malaysia dan Indonesia, namun tidak menjejaskan hubungan penduduk pulau dengan masyarakat Tawau kerana asal keturunan yang sama, Bugis.


Sebatik Island Indonesia


Malaysia-Indonesia sebatik border
kiri Malaysia kanan Indonesia

Antara isu popular adalah ketidakseimbangan pembangunan. Wilayah ditadbir  Malaysia dikatakan lebih maju berbanding Indonesia; ini sentiasa menjadi isu bagi penduduk warga Indonesia disana. Maka tuntutan kepada kerajaan Indonesia agar mengimbangi pembangunan di wilayah tadbiran mereka sentiasa timbul. Apapun ceritanya, Pulau Sebatik tetap mempunyai daya tarikkan dan keunikkannya yang tersendiri..


Sebatik Island School

Sekolah di Pulau Sebatik (Indonesia)

Pulau Sebatik
Keluasan 452.2 km persegi
Populasi : Malaysia – 25,000                   
                    Indonesia – 80,000
Koordinat : 4°1002U 117°4702″T




                 


-SELAMAT MEMBACA-