Halaman

Translate

Isnin, 23 September 2013

ULTRABIKE - Basikal untuk cacat penglihatan


Blindness Bycle
Kredit Imej: BBC News


ULTRABIKE

Sebuah basikal yang dilengkapi sensor ultrasonik untuk mengesan halangan-halangan dijalanraya telah dicipta istimewa untuk mereka yang cacat penglihatan. Basikal ini telah dipamirkan pada satu persidangan dua hari di Glassgow,Scotland. Persidangan ini dianjurkan oleh RNIB sebuah badan amal Scotland.

Pada persidangan ini para pengunjung boleh mencuba basikal-Ultrabike ini yang dibuat untuk golongan cacat penglihatan. Ultrabike ini dicipta oleh Harrogate sebuah syarikat  berasaskan teknologi bunyi dan penglihatan.

' Kemungkinan Menarik '

Pengarah Scotland RNIB John Legg berkata: " Teknologi baru telah memberi  bantuan dan penyesuaian yang orang cacat penglihatan kini boleh digunakan untuk kehidupan seharian.

"Hari ini, beribu-ribu produk membuat mereka yang  kehilangan penglihatan lebih mudah dan membantu orang ramai kekal bebas. Mereka telah mengubah rumah, kerja, masa lapang , pendidikan dan pelancongan supaya orang dengan kehilangan penglihatan tidak lagi bergantung kepada orang lain.”

“Bagaimanapun kos dan kadar pembangunan teknologi ini sentiasa meningkat yang mana memungkinkan orangramai ketinggalan dibelakang. Kami masih bimbang bahawa keperluan mereka akhirnya mungkin hilang seiring dengan kemajuan masa depan.”

Tambah beliau lagi “kehilangan penglihatan akan menjadi ciri-ciri yang biasa dalam masyarakat kerana penuaan diri kita.Cabaran kini ialah memastikan golongan hilang penglihatan ini tidak kelihatan ketinggalan seiring dengan kepesatan teknologi”   

Sumber :BBC news


Ultrabike Challenge for blindness
Kredit imej : lifecycle.org
 Mereka yang cacat penglihatan ini menyambut cabaran ULTRABIKE


-The End-

Isnin, 16 September 2013

Akhal Teke - Kuda Emas Sebenar


golden horse akhal teke
Spesis Akhal Teke

Akhal Teke itulah nama jenis kudanya dalam bahasa Turkmenistan, ataupun dipanggil kuda Turmenistian.Bulunya memang berwarna keemasan dan berkilau dibawah cahaya matahari. Spesis ini semakin pupus, jumlahnya cuma 3,500 ekor setakat yang diketahui.

gambar kuda emas sebenar

Kuda ini dikatakan sangat digemari oleh Alexander the Great dikatakan semua kuda ini diletakkan dalam penjagaan beliau. Kecantikkan kuda emas ini banyak diabadikan dalam lukisan-lukisan lama, arca dan juga dalam pembinaan monument.


Kuda ini diternak dan dijaga penuh rapi dimerata negara untuk menjaga keaslian bakanya di Russia, Eropah dan juga Amerika Syarikat. 


kuda akhal teke


peluangtercipta
Monumen kebanggaan rakyat Turkmenistan



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca…

Sabtu, 7 September 2013

Bacaan Tambahan : Syiah


Kandungan ini sensitif kepada yang tak suka!!

syiah logo's

Kenali dan fahami Syiah

Kebelakangan ini banyak cerita Syiah yang kita dengar walaupun benda ini dah lama wujud malah sangat lama. Pada tahun lepas rakan aku Abdul Rahman (krupkraps) pernah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap pengaruh Syiah ni. Wajah kurang senang juga terpamir diwajah beliau apabila Iran disanjung oleh masyarakat kita dan tanggapan Iran adalah wira dunia Islam. Menurut beliau pengaruh Syiah memang wujud dan berkembang diMalaysia. Aku selalunya akan mengganguk dan mendengar sahaja sebarang komen dan kini atas dasar tanggungjawab maka aku buat satu entri tentang Syiah. Walaupun banyak blogger dah buat tetapi aku buat jugak sebagai penyumbang bahan bacaan yang sedia ada.
Paparan dibawah merupakan suatu perkara perkongsian makumat dari seorang hamba Allah dan gabungan idea aku sendiri. Jum baca..

SIAPAKAH SYI‘AH?

syiah logo

Ahad, 1 September 2013

OKID BERWAJAH MONYET / Monkey Orchid

OKID BERWAJAH MONYET / Monkey Orchid


bunga monyet

Macamana cantik tak bunga ni? Ini bukanlah teknik photoshop tetapi bunga ini memang sebenarnya wujud. Nama saintifiknya Dracula Simia. Eh ganas jugak ye nama saintifiknya kan? Okla aku citer sikit kenapa ye..

Pada hujung kelopak tu kelihatan macam taring Dracula (biasala orang dulu-dulu) dan perkataan Simia tu pula merujuk kepada perkataan latin yang bermaksud monyet. Ha faham dah kan? Aku rasa sesiapa tengok pun akan panggil Okid Monyet macam tu jugakla orang-orang kat benua lain. Bunga ini boleh didapati di Equador, Peru dan Colombia pada ketinggian 1000 hingga 2000 meter dari paras laut. Bagaimana pun ada juga yang berjaya menanam pokok okid ini secara kurungan.


Bunga ini pada secara umumnya tak nampak cantik tetapi raut wajahnya yang ganas menjadikannya sangat unik dan menjadi kebanggaan pula kalau dapat menjaganya. Yang best pulak baunya seperti buah oren/limau, diluar jangkaan. Barangkali kalau berbau seperti pisang mungkin tidak mengejutkan dengan rupa bunganya yang menyerupai monyetkan? Di internet gambarnya masih baru dimuat turun, ok jum layan gambar..



monkey orchid




okid berwajah monyet




monkey orchid

Imej Kredit :


http://paradisexpress.blogspot.com
http://colourfulimages.blogspot.com
http://seaflowersworld.blogspot.com
http://orchidnotes.wordpress.com


Malaysian Orang Utan
"Okid OrangUtan takdak ka??iskh.. iskh.."