Halaman

Translate

Selasa, 25 Jun 2013

Kereta Polis Dubai



 Kalau nak lari pikir dulu...



kereta polis dubai
Chevrolet Camaro SS


Lamborghini Aventador

Dubai's police car



peluangtercipta.blogspot
Bugatti Veyron pun ada

buka minda



Aston Martin One77, Bently Continental GT, Mercedes-Benz SLS AMG adalah antara yang digunakan oleh pihak polis Dubai, dikatakan  mereka mungkin menambah lagi kereta berkuasa tinggi untuk digunakan mengejar penjahat lebuhraya... 

sumber:motortrend

Jumaat, 14 Jun 2013

Pulau Aman dan Mee Udang


Pulau Aman dan Mee Udang
Pulau Aman yang aman..


Pulau Aman, Pulau Pinang..pernah sampai tak? Kalau korang tanya aku balik memang aku dah banyak kali sampai. Pulau Aman ini terletak diantara Pulau Pinang dan Batu Kawan (Seberang Perai). Ianya hanya perkampungan melayu yang terdiri dari beberapa rumah; rasanya tak sampai 50 buah rumah (mungkin lebih sikit).


Pandangan jauh Restoran Terapung

Laluan kampung menuju ke Restoran Terapung

Wajah perkampungan Melayu


Apa yang menariknya kat sini? Erm,,..sebenarnya banyak jugak cuma best tak best terpulang kepada penilaian masing-masing. Ada Telaga Emas, gudang senjata(peluru) peninggalan tentera Jepun, Junggle Trekking, Gua Lanun dan macam2 lagi (sila tengok peta).

Maps of Peace Island

Telaga Emas- ini adalah kawasan yang wajib korang pergi kalau first-time sampai. Ikut jer jalan kampung boleh cuci-cuci mata tengok pemandangan. Telaga Emas ini dikorek diatas sebuah batu yang betul2 berdekatan dengan laut. Airnya tawar meskipun berdekatan dengan laut. Aku pernah test beberapa tahun dahulu sekarang rasanya tak sanggup kerana ada sampah kadang2 tu. Telaga ini mendapat nama pada tahun 1789 apabila seorang pemuda menjumpai mata air dan memutuskan untuk membina telaga.  Ketika mengorek inilah beliau menjumpai banyak ketulan2 batu berwarna emas. Berita ini menjadi buah mulut penduduk kampung yang menjangka ianya emas. PIhak Inggeris bergegas ke sana dan contoh batu telah diambil untuk dianalisis. Ternyata ianya bukan emas seperti yang dijangka.

Sukun- Buah sukun ker? Ye buah sukun. Dikatakan sukun disini adalah yang terbaik diMalaysia, bahkan didunia..statement ini aku dapat bila tengok dalam rancangan TV  beberapa tahun yang lalu. Betul atau tidak entahla..sama jer rasanya kot..

Pohon Sukun memang banyak terdapat di Pulau Aman


Belacan- Yang ini pun dikatakan terbaik jugak..dan harganya kalau diluar memang mahal sikit kalau nak murah kena beli kat sini. Aku pernah tanya jugak bila aku pergi pasar apa bezanya belacan Pulau Aman ini dan katanya lebih berat dan padat dari belacan biasa.

Belacan Pulau Aman


proses buat belacan

Belacan sedang diproses.


Mee Udang Pulau Aman
Kenapa ada topik besar pasal mee udang pulak ni? Ha..sebenarnya inilah tarikan utama kat sini sebenarnya..memang best giler makan mee udang kat sini. Kalau nak rasa udang lipan yang besar2 dan fresh kena datang awal di Restoran Terapung Pulau Aman ini.  Sebelum pukul 3 petang , kalau selepas itu ada jugak mee udang cuma udang lipan xderla. Harga seekor udang lipan ni ialah RM30. Ha ha terkejut kot..tapi memang besarla udang tu..lagi besar pun ada tetapi ianya adalah untuk eksport ; RM90 lebih kurang besar botol kicap ha ha…memang besar(murah lagi pun ada jugak). Harga mee udang ini kalau yang biasa RM6, special RM10 xla mahal. Oh yer lupa pulak, kalau nak makan udang lipan kena beli dulu bersebelahan restoran ini ada jeti kecil, lepas beli baru boleh masak disitu sebab itu kena awal sebab jualan udang lipan ditutup pada pukul tiga petang. Hasil laut yang lain pun boleh dibeli disitu. Memang ramai pengunjung disini.



Floating Restaurant
Restoran Terapung Mee Udang

Restoran Terapung
tengokla sendiri..meriahnya kat restoran ni..

Prawn Mee Restaurant


Mee Udang Pulau Aman

Mee Udang yang membuka selera..

Aiskrim Sorbet dari Afrika Selatan

Chalet Pulau Aman
Chalet terapung Pulau Aman



Sudut lain Pulau Aman – Sudut pandangan aku (he he)


1-Disini tiada jalanraya..so tiada kereta..hanya motor dan basikal sahaja..tu pun x banyak. Bestkan?Kalau korang nak kemana-mana jalan kaki jela..senaman ler sikit.
2-Kalau bermalam disini memang benar benar sunyi..aktiviti barbeque dan memancing memang rasa seronok.Bab pancing tu dapat ke tak dapat ikan tolak tepi jela..yang penting ada aktiviti.
3- Segala kemudahan asas ada disini..tandas awan, masjid , kedai runcit, chalet, homestay dan lain2 lagi.So x payah takut. Ramai yang beranggapan pulau ini tiada kemudahan asas, tiada line talipon tapi bila dah sampai barulah tahu semuanya tidak berasas,..(paham ke tidak?).
4- Kalau hari jumaat kaum lelaki  tidak digalakkan pergi kemana-mana takut sembahyang jumaat x cukup korum.
5. Pohon Sukun memang banyak disini.
6. Penduduk cuma mendiami dibahagian depan Pulau Aman
7. Kalau anda suka mengambil gambar, disini memang banyak panorama yang cantik untuk ditangkap pleh lensa kamera.
8. Sekolah Rendah Pulau Aman merupakan bangunan tertinggi disini, - tiada sekolah menengah.


beting pasir pulau aman

"Bila air surut, boleh ke pulau sebelah.. berdiri ditengah beting ibarat berdiri diantara dua pulau dan lautan.."


Junggle trekking di Pulau Aman
Sedang berjunggle-trekking kot?



Posing dalam hutan


Jalan2 Pulau Aman

Lepas makan mee udang, jalan-jalan dulu


Bagaimana hendak kesana?

Batu Musang Jetty

Dari highway PLUS keluar disusur Bukit Tambun, Pulau Pinang.Cari Stadium Batu Kawan (Seberang Perai), dari situ ikut papan tanda ke Jeti Batu Musang atau dikenali juga sebagai Jeti Pulau Aman.Bayar RM6 untuk menaiki bot pergi dan balik ke Pulau Aman.

Jeti Batu Musang

Komplek perniagaan berdekatan Jeti

Lagi 200  meter nak sampai jeti 


Penutup
Kalau dulu tanya orang Pulau Pinang sendiri pun ramai yang tak tahu, kalau tahu pun dari jumlah tersebut beberapa kerat je yang pernah sampai. Sekarang dah ramai yang tahu mungkin disebabkan kemasyuran mee udangnya. Pulau Aman memang sesuai dengan namanya, sememangnya aman disini..
Yeahh cuti-cuti Malaysia..




Sekian...

Isnin, 3 Jun 2013

Bunga Sedap Malam


Bunga Sedap Malam
Bunga Sedap Malam…pernah tengok? Ok tengok dulu gambar dibawah:




Bunga Sedap Malam


Hmm..mungkin ada yang tengah confius ni.. ok la namanya Sedap Malam kalau di Indonesia, di Malaysia dipanggil Harum Sundal Malam @ Sundal Malam. Okay pernah dengarkan, ini pun sebab citer Pontianak Harum Sundal karya Shuhaimi Baba. Aku bukannya minat sangat dengan filem tu tetapi dalam filem tu bunga Sundal Malam  ni banyak digunakan tak taula para pembaca ada perasan atau tak. Disetengah tempat ia juga dikenali dengan nama Sri Pekan.
Bunga Harum Sundal MalamBunga Sri Pekan

Aku sengaja letak tajuk Bunga Sedap Malam berbanding Sundal Malam kerana aku rasa lebih misteri sebab nama Harum Sundal Malam ni dah biasa didengari diMalaysia. Okay sedikit info dulu :

Nama saintifiknya Polianthes tuberosa. Kalau ikut Wikipedia bahasa melayu bunga ini dikatakan berasal dari Amerika Selatan. Aku meragui sikit tentang ini..rasanya tak. Apa yang dipaparkan di Wikipedia bahasa melayu tu adalah sumbangan maklumat dari orang ramai.Maklumat ini adalah salah dan aku mempunyai sebab untuk mengatakan demikian; menurut ahli botani bunga ini berasal dari Malaysia dan Filipina dan pendapat peribadi aku ianya berasal dari Asia Tenggara melibatkan juga Indonesia, Thailand dan Myanmar. (kalau aku keluarkan hujah bertambah panjang pulak entri ini, nak percaya atau tidak terpulang). Bunga ini mempunyai banyak nama diseluruh dunia Rajnigandha atau Ratnikirani di India, Gole Maryam (bunga Maryam) di Iran, Azucena di Cuba, dan banyak lagi.

Ciri-ciri bunga Sedap Malam :
-Jenis pokok berumpun seperti bunga bakung atau spider lily.
-ketinggian pokok kurang dari 3 meter, daun hijau berkilat dan bunga bewarna putih kekuningan
-berbau wangi terutama diwaktu malam
- kewangiannya tidak hilang apabila dipetik; seperti bunga melur
-bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam
-pokoknya memerlukan pendedahan terus kepada cahaya matahari
-minyak pati bunga ini sangat mahal, digunakan untuk menenang emosi/stres.

Tuberose PearlBentuk bunga
Kenapa ada tajuk bentuk bunga pula? Yelah sebab terdapat 2 bentuk  bunga.  Satu dipanggil Single Flowering dan Double Tuberose”Pearl” (ini bahasa botani yer); atau lebih mudah yang berbunga penuh dan bunga berangkai. Yang selalu dipapar dan mungkin biasa dilihat adalah yang berangkai ini (Pearl)

harum sumdal malam(gambar dari http://bulbsonline.blogspot.com)

Kisah2 menarik bunga ini:
Suatu ketika dulu..seorang penari penari telah menggunakan bunga ini untuk menarik minat para penonton kerana baunya yang harum. Penari ini akhirnya dirogol dan dipulau para penduduk masa itu.Akhirnya mati semasa ingin melahirkan anaknya dihutan. Semenjak itu satu lembaga sering muncul dikawasan bunga ini ditanam. Agaknya dari sini kot Shuhaimi Baba dapat idea buat filem..
Di Indonesia bunga ini merupakan bunga rasmi untuk provinsi Jawa Timur.
India- digunakan untuk menaikkan mood romantik terutama pengantin baru. Gadis2 yang belum berkahwin dilarang menghidu bau bunga ini kerana dikhuatiri dapat menaikkan ghairah seks mereka (ha ha aku rasa nak tegelak waktu menaip ni..)
Dikatakan juga dapat menambah dan merangsang tenaga chakra untuk membolehkan mempunyai kuasa psikik (India).
Menjadi elemen  filem dalam Pontianak Harum Sundal Malam (Malaysia)…

-tamat-

Selamat Membaca…Ada masa jengoklah lagi…