Halaman

Translate

Selasa, 26 Mac 2013

Gambar siapa dalam wang kertas kita tu?




malaysian new money

Gambar siapa dalam wang kertas kita tu?

 Mungkin ada yang dah tahu mungkin tidak. Cuba korang keluarkan wang kertas korang tu, kalau xder pinjam jap kat kawan.Ok dah ader cuba tengok gambar Sultan (Agong) dalam duit tu, kenal tak? Ok , gambar tu ialah :

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

First Agong of Malaysia

Jadi hari Agong , atau hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong yang disambut tiap2 tahun ni ikut keputeraan Agong yang pertama ni la. Sejarah al-marhum kalau nak tahu dalam subjek sejarah  ada rasanya. Korang cari sendiri walaupun aku tahu latar belakang Kesultanan Negeri Sembilan; sebab topik aku  berkisar tentang gambar di wang kertas tu je (so jangan merajuk ngn aku dah ler). Hehe simple lagi berinformasi..

duit lama malaysia
contoh


-Peluangtercipta.blogpot.com-

Selasa, 19 Mac 2013

Easter Island : Legenda patung berkepala yang sebenarnya mempunyai tubuh badan

Easter Island - Buka minda

Easter  Island
Pernah pergi Easter Island? Tak pernah? Pernah dengar  patung kepala disana? Pernah bukan?Amboi banyak betul soalan aku ini. Oklah back to the topic; Easter Island ini memang terkenal dengan patung-patungnya (mungkin juga berhala).
Sepertimana yang ramai tahu di Easter Island terdapat beberapa patung yang menampakkan kepala. Legenda ini kekal sekian lama sehingga ada beberapa pengkaji yang tetiba tergerak hati nak korek (maaf bahasa pasar) kerana sifat ingin tahu. Akhirnya terbongkar jua rahsia dan misteri patung ini. Rupa-rupanya memang ada badannya.

Para pengkaji ini merahsiakan nama mereka, bagaimana pun penemuan ini disebarkan melalui internet. (Untuk maklumat pembaca; info ini agak lama aku simpan kira2 lama jugakler). Kiranya dah lama dah, aku tak pasti samada ada blogger lain pernah publish info ini.



Saintis di easter island

Sedikit sejarah..
Pulau Easter ini dijumpai di lautan pasifik (pacific) oleh penggembara Belanda (Dutch) Jakob Roggeveen pada hari Ahad 1722 jatuh pada hari easter orang kristian (boleh agak dah asal-usul nama pulau inikan?). Ia kemudian menjadi jajahan Chile pada tahun 1888.
Banyak perdebatan berlaku tentang apa yang berlaku disini. Dikatakan suatu ketika dulu pulau ini didiami oleh kira-kira 4,000 orang; yang kemudiannya lenyap. Teori terkini yang hampir pada logik (aku ringkaskan data-data aku ini) ialah ianya dilanda Tsunami besar yang melenyapkan kesemua makhluk dipulau ini dan patung ini sebenarnya bukanlah ditanam tetapi dibaluti lumpur akibat tsunami yang akhirnya cuma bahagian kepalanya sahaja  yang kelihatan!

Ok cukupla kot serba sedikit maklumat ini, jom layan gambar..



peluangtercipta blogspotPulau EasterPeluangtercipta.blogspot.com



penampakan tubuh badan patung easter

Selamat membaca..

Khamis, 14 Mac 2013

Lurus ke bengkok?




buka minda





Lurus ke bengkok? 


info: gambar ini diambil ketika berjalan-jalan...

Sabtu, 9 Mac 2013

Bunga Burung Kakaktua (Parrot Flower)

burung kakaktua 
Ini ke bunganya?

Bunga Burung Kakaktua, kelakar la pulak bunyinya kalau diterjemahkan tapi bunganya memang
sangat cantik. Bunga ni teramat payah ditemui; rare kata omputih. Hanya boleh ditemui di Thailand, Myanmar dan Selatan India. (: http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl?431382)
bunga burung kakaktua

Kalau kesana masuk hutan ke apa ke jangan gatal tangan nak petik pulak. Ada puaka ikut ke? Bukan tapi penguatkuasa yang akan ikut serta tangkap dan mungkin dihumban kedalam penjara.Bunga ini dilindungi dan hukuman penjara akan dikenakan kepada sesiapa saja yang cuba menyeludup keluar dari tempatnya.
 Nama saintifik Impatiens psittacina . Kalau korang rajin korang search Impatiens akan kuar banyak jenis bunga ni dari situ boleh agak dah ciri-cirinya macamana. Daun dan pokoknya membesar dan menjalar merata-rata tapi bunganya tidak. Apa maksudnya? Bunga cantik tapi pokoknya tidak! Kalau tanam depan rumah memang jadisemak samun la gamaknya.


Okla cukupla kot, yang lain2 kalau nak tahu korang cari sendiri dalam internet ye. Meh layan video dan gambar :


Sabtu, 2 Mac 2013

Chernobyl : lawatan terkini


Pernah dengar tragedi Chernobyl? Loji Chernobyl ini telah meletup dan membebaskan radioaktif serta mengorbankan ribuan nyawa ketika itu.

Imej dari kamera tersembunyi mendedahkan bagaimana hidupan liar berkembang maju dalam zon ditutup kepada manusia selama 26 tahun. Banyak cerita yang pelik didengar kononnya terdapat serigala berkepala tiga, rusa gergasi dan bermacam macam lagi.

Gashak, seorang penyelamat pertama pada tapak nuklear ini telah kembali untuk mengambil gambar secara mekanikal serta mengambil sendiri dikawasan ini. Hasilnya beliau sendiri merasa kagum dengan apa yang beliau perolehi contohnya kelawar yang dipercayai pupus juga ada disini. Apa pun tahap radiasi disini masih tinggi dan pasar-pasar disana akan kelam kabut kalau ada yang mengambil cendawan disini untuk dijual.

Ok jum tengok gambar. Gambar ini diambil oleh Gashak pada Januari yang lalu.

wolf of chernobyl

chernobyl cat

chernobyl

chernobyl bat

 sumber: The Independence


n