Halaman

Translate

Sabtu, 16 Februari 2013

Puma dan Adidas : Musuh yang bersaudara?


Puma dan Adidas

peluangtercipta.blogspot.combuka minda

Adidas dan Puma dua jenama yang dikenali di seluruh dunia; wujud akibat persengketaan yang sengit. Kisah bermula di Negara Jerman ..

Hmm..aku pening jugak waktu nak taip ni..data-data yang aku perolehi agak panjang jadi aku ringkas-ringkaskanlah.”

Tahukah anda bahawa  Adidas dan Puma mempunyai  hubungan tali persaudaraan? Mungkin sedikit sangat yang tahu, jadi aku ingin berkongsi cerita disini. Aku memang dah lama tahu sebab tu aku buat entry ini khas untuk pembaca blog aku. Walaupun aku dah tahu lama tetapi mustahil aku boleh ingat data-data tentang nama dan tahun bila tu semuakan? Aku pun kenalah buat assignment merangkumi research sikit. Ok jum mula… (la baru nak mula)

Sejarah awal
Adi Dassler dan Rudolf Dassler anak kepada Wilhelm von hristoph Dassler adalah seorang pekerja di kilang kasut, manakala Pauline isterinya menguruskan sebuah kedai dobi kecil di Bandar Bavaria Herzogenaurach. Selepas tamat persekolahan, anak mereka Rudolf menyertai bapanya dikilang kasut. Apabila tamat perang dunia 1, Rudolf kemudian menyertai kilang porcellin menjawat salah satu jawatan pengurusan disitu. Tidak lama kemudian membuka perniagaan barangan borong kulit di Nuremberg.
Adolf "Adi" Dassler mula untuk menghasilkan kasut sukan sendiri beliau di dapur membasuh ibunya di Herzogenaurach, Bavaria selepas kepulangannya dari  Perang Dunia I. Pada Julai 1924, Rudolf (abang) menyertai perniagaan kasut ini. Gebrüder Dassler Schuhfabrik(Kilang Kasut Dassler Brothers) adalah nama perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua beradik ini.

Kejayaan dan kemasyuran bermula
Sukan Olimpik Musim Panas  1936, Adi Dassler memandu dari Bavaria pada salah satu lebuh raya yang pertama di dunia dari kampung dengan beg yang penuh dengan pancang Olimpik dan memujuk pelari pecut Jesse Owens (Amerika Syarikat) untuk menggunakan kasut keluaran syarikat beliau.Ini  adalah penajaan pertama untuk pelari Amerika-Afrika (kulit hitam). Owens memenangi empat pingat emas. Rentetan kejayaan Owens, kasut keluaran Dassler bersaudara ini mendapat reputasi yang baik dan meluas ketika itu. Boom!! Perniagaan meledak dan 200,000 pasang kasut berjaya dijual sebelum berlakunya Perang Dunia ke-2
usain bolt olympic
Usain Bolt (gambar hiasan)


.Perang Dunia II dan konflik bermula = perpecahan dua saudara

Kedua-dua adik-beradik menyertai Parti Nazi, tetapi Rudolf sedikit lebih dekat kepada parti daripada Adolf. Ketidaksefahaman antara kedua beradik ini makin bercambah saban hari. Semasa perang ketika Adolf dan isterinya berada dalam kubu perlindungan bom muncul Rudolf dan isterinya lantas Adolf berkata “ haram jadah kotor itu sudah kembali  lagi (The dirty bastards are back again)”. Kata-kata Adolf itu ditujukan kepada serangan pesawat perang tentera bersekutu manakala Rudolf menyangka ianya ditujukan kepadanya. Salah faham ini tidak pernah diselesaikan oleh Adolf. Rudolf kemudiannya diberkas  dan dituduh menjadi anggota Waffen SS. Rudolf bertambah curiga dan yakin beliau dikhianati saudara sendiri. .
Kilang Dassler bersaudara  digunakan untuk pengeluaran senjata-senjata anti kereta kebal ketika perang nyaris dimusnahkan oleh pihak Amerika. Ianya selamat selepas isteri Adi (Adolf), Käthe menyatakan mereka hanya berminat untuk menghasilkan kasut sukan. Penjajah Amerika ini akhirnya menjadi pembeli utama kasut Dassler bersaudara ini.

1947 – Rudy (Rudolf)membuka perniagaan baru bernama Ruda – singkatan pada nama beliau sendiri. Kemudian dijenamakan semula “Puma”.  Perpecahan telah berlaku pada tahun ini. Pada Ogos 1949 Adi membuka syarikat rasmi berdaftar dibawah nama “Adidas AG”. Adidas menjadi sangat popular. Adi mendakwa bahawa nama Adidas itu adalah singkatan bagi All Day I Dream About Sport (Setiap hari saya bermimpi tentang sukan)- angau kot? He he jangan mare(tiba2 rasa nak buat lawak lak).. Bagaimana pun ramai yang menduga bahawa Adidas itu adalah singkatan kepada nama timangannya Adi+ Dassler dan Adi sendiri tidak juga menafikan; maka terjawab juga tentang nama Adidas itu sendiri.

“letih ker baca? Aku ingat nak buat part 2 jer tetapi tak pa aku sambung juga sampai habis..korang pergi buat air minuman kasi fresh sikit”


Cup of coffee on saucer

Tahun-tahun awal dan persaingan dengan Puma

Kota Herzogenaurach menjadi saksi pertelagahan adik-beradik ini. “The town of bent necks’’ (Pekan leher bengkok? Ha ha  lebih tepat jika kita translate sebagai Pekan Pertelagahan) menjadi nama jolokan bagi Herzogenaurach meliputi berbagai isu akibat pertelagahan Dassler bersaudara ini. Dua pasukan bolasepak dibandar ini telah dibahagikan: FC Herzogenaurach ditaja Rudolf (Puma), ASV Herzogenaurach pula mendapat tajaan Adidas.
“Beberapa pakar membaiki yang dipanggil kerumah Rudolf  dengan sengaja memakai kasut Adidas; beliau menyuruh mereka ke bilik bawah tanah untuk memilih kasut Puma secara percuma!”
Tengok tu orang sekeliling pun dok bagi panas lagi suasana…



1948 - perlawanan bola sepak yang pertama selepas Perang Dunia II, beberapa anggota pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Barat memakai but Puma , termasuk penjaring gol pertama Jerman Barat selepas perang, Herbert Burdenski. Empat tahun kemudian, pada Sukan Olimpik Musim Panas 1952, pelari 1500 meter Josy Barthel Luxembourg memenangi emas pertama Olimpik(Puma) di Helsinki, Finland.

1987 -Kematian Adolf Dassler membawa siri permasalahan kepada pewaris beliau Horst Dassler .  Bernard Tapie, usahawan Perancis telah membeli Adidas pada 1.6 billion (sekarang €243.9 juta) dengan membuat pinjaman. Beliau terkenal sebagai pakar penyelamat syarikat2 yang hampir bankrupt; reputasi yang membuat beliau beroleh kekayaan.

1992Gagal membayar pinjaman, Tapie memberi mandate kepada Credit Lyonnais Bank menjual Adidas. Bagaimana pun hutang pinjaman tersebut telah ditukar menjadi asset bank tersebut.; praktis yang jarang2 dibuat oleh Bank Perancis.Ini adalah sebagai langkah menolong Tapie yang ketika itu memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Bandar (ministre de la Ville) dalam kerajaan Perancis pada masa itu. Credit Lyonnais menjual Adidas kepada Robert Louis-Dreyfus, rakan kepada Tapie dengan jumlah yang lebih tinggi dari apa yang Tapie berhutang.

1994 – Bernard Tapie membuat pengistiharan muflis . Beberapa tindakan undang-undang telah diambil(1997) terutama penglibatan beliau dalam kelab bolasepak; merengkok 6 bulan dari tempoh hukuman 18 bulan yang dikenakan.


Penglibatan dan Pakatan Pelé.

1970 FIFA World Cup beberapa bulan sebelum itu, Armin Dassler (anak Rudolf) dan sepupunya, Horst Dassler (anak Adi), memeterai perjanjian yang telah digelar "pakatan Pelé". Perjanjian ini menghendaki Pelé untuk keluar dari batas ikatan Puma dan Adidas. Bagaimana pun Puma membuat permintaan melalui wakilnya supaya profil dan kesedaran tentang Puma dilaksanakan Pelé. $ 120,000 diterima dan Pelé menjayakan rancangan dengan cemerlang.Selepas wisel pembukaan perlawanan akhir piala dunia 1970, Pelé telah meminta pengadil untuk memberhentikan perlawanan seketika untuk beliau mengikat talikasut; satu dunia telah melihat jenama kasut yang dipakai beliau yakni Puma. Horst berang dan semua perjanjian masa depan bersama Pelé telah ditarik keluar. Beberapa peristiwa melibatkan penajaan telah berlaku dan perang jenama ini berlarutan hingga hari ini.

Puma kemudiannya menjadi syarikat awan (Public company) pada tahun 1986 dan disenaraikan di München Börse dan Bursa Saham Frankfurt. Pada bulan Mei 1989, anak-anak Armin Rudolf dan Gerd Dassler bersetuju untuk menjual 72 peratus kepentingan mereka Puma, kepada syarikat berpengkalan di Swiss,Cosa Liebermann SA.

Penutup

Biarlah cerita ni ditutup  dengan berbalik kepada cerita pengasas kepada kedua-dua empayar ini. Kedua beradik Rudolf (Puma) dan Adolf (Adidas) dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama tetapi dijarakkan sejauh mungkin… The End


peluangtercipta.blogspot.com

 Puma sebenar :)

Ahad, 10 Februari 2013

Asteroid mendekati bumi pada jarak paling hampir 15 februari 2013


Asteroid 2012 DA14 dijangka menghampiri dengan jarak yang sangat hampir dengan bumi. Asteroid sebesar 45 diameter ini dijangka mendekati bumi pada 15 februari ini (2013).


asteroid hampir dengan bumi
Sumber gambar : www.abc.net.au

NASA: Asteroid to Pass Very Near Earth

Astronomers around the world are preparing for a record-breaking asteroid flyby February 15.  

Measuring 45 meters in diameter and weighing an estimated 130,000 metric tons, Asteroid 2012 DA14 is considered small by scientists who track the solar system's rocky debris, but it will zip past our planet so closely that it will be even nearer to us than our orbiting weather and communications satellites.

It is the closest-ever-predicted approach for an object this size. Experts emphasize there is no reason for concern.  

"There's no danger to the planet at all," Lindley Johnson of NASA's Near-Earth Object Observations Program in Washington told VOA. "We know the orbit quite well now."

Close flyby

Johnson said Asteroid 2012 DA14 will come as close as 27,700 kilometers - about one-tenth the distance between the Earth and the Moon.   

"Close flybys of asteroids happen quite frequently," explained Johnson, who said more than 20 asteroids have come between the Earth and the Moon in the past year. "But they're usually very small-sized objects - maybe only a few meters in size."  

The 45-meter asteroid will speed past us at about 7.8 kilometers per second, nearly 10 times faster than a speeding bullet.

Boleh baca dan tengok video selanjutnya di sini :

So sediakanlah teropong (binocular) sebab ianya boleh dilihat di Asia Tenggara , Eropah Timur , Afrika Utara dan Australia. Untuk waktu yang tepat kena baca link kat atas tu dan tonton video.


- jumpa lagi..

Jumaat, 8 Februari 2013

Setahun sudah berlalu..


Setahun sudah berlalu..

kereta lamborghini
sekadar hiasan

Setahun sudah berlalu..Februari  muncul kembali..dengan kehangatan semalam (nyanyian Alleycats)..Apa istimewa Februari  ni? Takda apa pun..Cuma setahun yang lalu pada bulan inilah aku mula buat akaun blogger dan mula buat layout dan menghias blog aku ni. Tanpa refer pada sesiapa aku buat perlahan-lahan sehingga aku puas hati barulah aku siarkan entri yang pertama pada bulan March.

Aku mengambil masa yang agak lama jugak nak fikir bahan-bahan blog aku. Dalam masa setahun berulang kali jugak aku mengubah sikit-sikit interior dalaman blog. Mungkin ada yang teringin nak kenal lebih lanjut tentang aku. Semua tu nanti aku akan cerita dalam entri yang ke-100 aku nanti dengan tajuknya 100 peluang tercipta. Perjalanan blog aku, kembara blogwalking aku, dan juga prestasi blog aku sendiri. Alhamdullilah hari2 ada yang sudi singgah tak kira la walaupun sedikit aku tetap hargai, sekurang-kurangnya takla letih aku menaip ni.

Dikesempatan ini juga sekalung tahniah  kepada Zakri Abdul Hamid yang dilantik PBB sebagai ketua panel saintis...baca seterusnya

Malaysian named head of UN biodiversity panel

PARIS: A prominent Malaysian biologist on Saturday was named first chief of a UN scientific panel, which aims to turn the world’s spotlight on species loss, as a Nobel-winning counterpart has done for climate change.

In their first plenary meeting, members of the Intergovernmental Platform on Biodiversity and Ecosystem Services, or IPBES, chose Zakri Abdul Hamid as chairman, a spokeswoman for IPBES told the reporter.

Zakri, 64, will serve for three years under the decision, reached in tough overnight discussions in the former West German capital of Bonn, a European delegate added.

The idea of IPBES was floated in January 2005 by the then French president, Jacques Chirac, but took five years to be approved, and two more years to reach organisational status.

It has 102 nations as members, according to its website. Its goal is to emulate the success of the UN’s Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), in which thousands of scientists draw up an assessment of global warming to help policymakers.

IPBES will also quantify damage inflicted on life-sustaining ecosystems long taken for granted, from depleted water tables to deracinated mangroves to rivers and air poisoned by pesticides and pollution.

Some biologists say that Earth is in the early stages of a sixth mass extinction, a man-made phenomenon driven by habitat loss, hunting, introduced species and climate damage.

The current pace of species die-off is 100 to 1,000 times higher than average.

According to a June 2012 update of the “Red List” compiled by the International Union for Conservation of Nature (IUCN), out of 63,837 species that have been assessed, 19,817 are threatened with extinction.

They include 41 per cent of amphibians, 33 percent of reef-building corals, 25 per cent of mammals, 13 per cent of birds and 30 per cent of conifers.

The six-day meeting of IPBES focused on nuts-and-bolts organisational matters, such as the election of officers and the establishment of a work programme. It ran a day into overtime in order to settle the chairmanship issue.

Educated in Malaysia and the United States, where he specialised in plant genetics, Zakri has long experience of negotiations in international biodiversity governance. He has served with the UN Environment Programme (UNEP) and the UN Convention on Biological Diversity (CBD). 
sumber : gulftoday

Beliau dilantik pada akhir Januari baru-baru ini.


Terima kasih kerana sudi membaca disini…


Akan datang :
peluangtercipta banner logo

Jumaat, 1 Februari 2013

Hotel dalam air

Awal tahun 2013, konsep hotel dalam air telah didedahkan di Dubai, dimana mereka akan merealisasikan pembinaan hotel ini. Dubai ni memang terkenal dengan projek2 mega.Jum saksikan gambar lakaran..

hotel dalam air

buka minda dubai

underwater inside

dubai hotel

dubai hotel underwater

outside view

underwater hotel

peluangtercipta

underwater hotel

water hotel

Sumber utama : The Independence



-kkk-