Halaman

Translate

Selasa, 25 Disember 2012

iPhone 5 gadget impian

iPhone 5 Gadjet Impian

Bila aku buka e-mail ternampak satu tajuk iPhone 5 gadget impian ni dari Denaihati.com . Bila baca2 wah menarik tawaran yang ditawarkan; iaitu iPhone 5 sebagai ganjaran.So aku pun buat keputusan untuk joinlah ini contest he he.

Baik benar Denaihati.com ini nak bagi iPhone 5, sebelum ini pun macam2 ganjaran jugak yang aku baca (tapi aku x join just baca). Ok jum baca karya khas aku istimewa untuk promosi Denaihati.com.

iPhone5 gadget impian
iPhone 5 Gadget Impian

Khamis, 20 Disember 2012

Hari ini hari KIAMAT (?)..


Hari ini hari kiamat? Benar..hari ini adalah hari kiamat kalau ikut calendar kaum Mayan (Maya). Kaum Mayan ni adalah dari kategori kaum purba yang dahulunya mendiami  dibenua Amerika Selatan. Kalau ikut ramalan mereka tarikh 21-12-2012 adalah tarikh kiamat bumi ini. Aku malas nak komen banyak sebab memang xkan betul punya ramalan ini. Sebelum ni pun dah banyak ramalan purba ni silap tetapi orang-orang kita masih percaya pada ramalan2 ini. Memang banyak bangsa didunia percaya akan tibanya hari kiamat, bagi umat Islam, mempercayai datangnya hari kiamat juga adalah wajib dipercayai. Yang tak wajib dah tentulah ramalan2 karut tarikh kiamat ini.

Dibawah ni pula artikel yang dipetik dari Harian Metro bertarikh 20 Disember 2012 yang bertajuk Gangnam Style picu kiamat? Ramalan dibuat oleh Nostradamus, penyair, peramal astrologi Perancis (France) yang terkenal. 


“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi. 

link : http://www.hmetro.com.my/articles/GangnamStylepicukiamat_/Article

Komen kawan2

Komen  pertama  “ Bila terbukti kiamat tidak berlaku ikut ramalan2 dulu2 ni, mungkin lama kelamaan kepercayaan pada hari kiamat akan dilupakan..dan x mustahil waktu kita lupa inilah akan tiba hari kiamat..”

Komen kedua “ memang dah banyak tanda2 kiamat dah muncul…”

kiamat 2012
Inilah wajah bumi dari angkasa
Sumber Gambar : en:wikipedia

Sebenarnya banyak komen yang aku dengar malah ada yang bagi lagi satu tarikh bila pulak kiamat akan berlaku. Untuk kebaikan dan mengelak fitnah mahupun salah paham maka aku rasa elok jangan letak.. yelah mengarut…wajib percaya pada hari kiamat bukan percaya pada tarikh ramalan hari kiamat tu. Entri ni bertujuan untuk membuka minda dan menambah sedikit pemahaman sahaja..kalau ada yang rasa entri ni agak sensitif atau tidak sesuai boleh bagitau kat aku supaya boleh dibuang sahaja entri ini.

Sekian..jumpa lagi..terima kasih daun keladi..ada masa jenguklah lagi…

klik ini: 



iPhone 5 :cabaran baru - undi


iPhone 5 : cabaran baru – undi

Entri khas ini diterbitkan semata –mata untuk cabaran ini. Ok baca dulu apa yang dikatakan oleh pihak Denaihati:

 Tugasan Ketiga
  • Peserta perlu menjemput rakan-rakan dan saudara mara yang dekat dan jauh untuk singgah blog Denaihati dan mengundi blog anda.
  • Pengundi boleh mengundi blog anda sehari sekali dan boleh diulang-ulang setiap hari sehingga tarikh akhir 24/12/12.
  • Pengundi boleh mengundi maksima 3 Blog pilihan setiap hari.
  • Pengundi MESTI menjadi ahli Denaihati Network kepada yang belum sila daftar/register di AHLI DENAIHATI NETWORK.
  • Tugas peserta adalah mengumpul undian terbanyak untuk blog anda.
Klik Button Di Bawah Untuk Mengundi
undian blog pilihan anda iPhone 5 Blogger Paling Hebat
Kalau x paham juga boleh baca direct kat sini.

So nak undi yang mana? Mana2 pun x ok tapi mesti undi blog bawah ni antara tiap2 undi tau..Tiap2 hari undi lagi bagus..Pada yang sudi.. jutaan terima kasih diucapkan..

denaihati


Jumaat, 14 Disember 2012

Blogger Paling Santai 2012

Blogger Paling Santai 2012


Cik Leeza ni buat segmen , motif utama nak lebarkan sayap dalam dunia blog..ye aku support je..buat pembaca blog aku boleh baca blog beliau dengan klik je banner blogger paling santai 2012 kat atas.Ye sama2lah kita memeriahkan dunia blogging ni..

Dikesempatan ini aku mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menulis artikel sekali sekala tapi tak ingin punya blog sebab tak ingin punya tanggungan untuk dipublish diblog aku ini. Terma dan syarat mesti patuhi contoh :TIADA isu sensitif, kisah gossip artis, politik dsbnya.. untuk maklumat lanjut boleh e-mail aku  : weschairs@gmail.com

p/s - yang aku ni bila pulak nak buat segmen ye? :)

Khamis, 13 Disember 2012

Bunga Bangkai: Rafflesia atau Titanium?




Bunga Bangkai: Rafflesia atau Armorphophallus Titanium?

Armorphophallus Titanium

Tajuk bunga bangkai ini telah dibuat ramai blogger apatah lagi kemunculan ceritanya dalam Kosmo!; maka banyaklah geng2 blogger  buat entri tentang bunga bangkai ini. Bila aku buat sedikit kajian (he he kira rajin gak aku nih) maka ada beberapa perkara yang memusykilkan aku.

1 – adakah bunga bangkai(Titanium) yang dibuat entri oleh para blogger ini bunga terbesar didunia?
2 – berbanding bunga Raffesia yang mana pulak lagi besar?
3 – yang mana satu bunga bangkai, Rafflesia ke atau Armorphophallus Titanium?



Bila aku check kebanyakkan sumber kedua-dua bunga ini akan diletakkan sekali.  Ada blogger telah melakukan kesilapan dengan dengan menyatakan bila belum kembang kelihatan seperti kobis (dengan meletakkan gambar bunga Rafflesia) dan bila kembang dengan meletakkan gambar bunga Amorphophallus titanium.  Ye benar silap sama sekali. Kedua-duanya adalah bunga yang berlainan species tetapi dikenali sebagai bunga bangkai. Benarkah bau bangkai dikeluarkan kedua-dua bunga ini? Ok camni biar aku explain sket ; untuk Rafflesia lebih kepada bau makanan yang telah berkulat + basi, manakala bau Titanium pula menjurus kepada bau daging busuk. Kesimpulannya Armorphophallus Titanium lebih layak untuk dipanggil bunga bangkai tetapi aku rasa tak mengapalah sebab bau Rafflesia tu pun boleh kira layak jugala. Kalau tak percaya korang boleh try bau..

Ok tinggal satu lagi yang belum dijawabkan? Bunga terbesar didunia adalah…





Bunga Rafflesia



Eh eh kenapa Rafflesia pulak? Kalau tengok gambar nampak cam Titanium tu yang lagi besar..mesti otak hangpa pikiaq (cakap penang) lagu tu kan?  Kalau aku biar tergantung jawapan ni tentu lagi misteri kan? :)

-Selamat membaca -



p/s – kalau ada respons aku pertimbangkan sambungan untuk jawapan.. 



Khamis, 6 Disember 2012

Masjid Jin


Masjid Jin

Masjid Al Jin terdiri dari dua tingkat dengan satu ruang bawah tanah. Didalamnya jika kita menengok ke atas, pengunjung akan dapat melihat kubah masjid yang dihias dengan tulisan kaligrafi Surat Al Jin ayat 1-9.

Sejarah

Rombongan Jin yang sedang dalam perjalanan ke Thilamah terdengar lantunan merdu ayat suci Al-Quran lalu terpesona. Dicari siapakah yang sedang membaca surah suci ini lalu ditemukan Rasullulah SAW dan para sahabat sedang membaca Al-Quran.
Mengikut riwayat ada yang mengatakan jumlah jin tersebut  adalah tujuh ada yang kata sepuluh, ada yang kata sepuluh tetapi yang berbicara dengan Rasullullah cuma tujuh. Tak kisah lah yang mana satu yang penting telah berlaku dialog antara para jin dan Rasullullah. Ketika ini dikatakan para sahabat tidak dapat melihat jin-jin ini tetapi dapat merasa kehadiran para jin tersebut. Disinilah berlakunya peristiwa keislaman para jin ini apabila mereka mengakui kerasulan dan risalah Islam yang dibawa Rasullullah SAW. 


“Telah diwahyukan kepadamu bahawa sekumpulan Jin diperdengarkan ayat Al-quran. Lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarkan Alquran yang menakjubkan. Yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, kerana itu kami tidak akan mempersekutukan Allah SWT kami dengan sesiapapun juga.”

Surah Jin ayat 1-2


Ada juga riwayat mengatakan para jin ini ingin melihat bukti mukjizat Rasullullah, maka baginda memanggil sebatang pokok datang kepada baginda maka bangunlah pokok itu bergerak dan datang kepada baginda maka kagumlah para Jin ini lantas mengakui mukjizat baginda.Ditempat pokok itu kini dibina sebuah masjid dikenali dengan nama Masjid Pokok diseberang jalan Masjid Jin. (Gambar masjid Pokok tidak disertakan)

Dari kejadian inilah, masjid ini dinamakan Masjid Al-Jin.wassallam

Isnin, 3 Disember 2012

SELAMAT DATANG PALESTINE / WELCOME PALESTINE

palestine flag


Palestine map
Selamat Datang Palestine.


Airmata sentiasa mengalir dibumi Palestine..

Ini baru permulaan dari semua permulaan..
Sokongan padu diperlukan, bantulah mereka membina negara
Omonganku tiada kuasa, kata pemimpin dunia lebih utama
Wahai pemimpin dunia jangan butakan mata
Buka hati, Buka minda, Buka mata
Tengoklah kesengsaraan negara ini,Negara Palestine
Bantulah mereka
Bantulah mereka
Bantulah mereka
Ayuh semua tadahkan tangan
Doakan Palestine bebas mutlak
Doakan untuk kebebasan dari bentuk penjajahan dan peperangan
Agar tangisan ini bisa berhenti...