Halaman

Translate

Sabtu, 30 Jun 2012

Masjid Berkubah Emas (episod akhir)


                 Masjid Al-Askari, Samarra, Iraq
Masjid Al-Askari  ini siap dibina pada tahun 944M. Masiid Syiah ini mengalami kerosakan teruk akibat pencerobohan tentera Amerika pada tahun 2006. Ingat lagi tak?



               Masjid Dian Al Mahri, Depok,Indonesia
Kali ini kita singgah di Indonesia pulak. Masjid Dian Al Mahri sangat terkenal di Indonesia.Milik peribadi Hajjah Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.Keluasan masjid ini sekitar 8,000 meter persegi diatas tanah seluas 70 hektar.Terdapat enam menara pada masjid ini. Kebanyakan bahan pembinaan banyak yang diimport dari Itali dan senibina masjid ini terutama kubahnya (emas 24 karat) dipengaruhi ciri-ciri masjid yang terdapat di India dan Turki. Ciri2 lain aku abaikan dalam naskah aku ini; sebab terlampau teknikal takut bosan pulak membacanya.Ini merupakan bab penutup untuk kisah masjid berkubah emas. Selebihnya boleh tengok gambar yer..
peluangtercipta

photo by Ibnu S

dian al mahri


Kisah masjid berkubah emas berakhir disini…tamat




Selasa, 19 Jun 2012

Masjid Berkubah Emas (Brunei)


Kali ini kita singgah di Brunei. Setengah- setengah data sengaja aku tak letak, macam berapa banyak dan berapa tinggi menara kedua-dua masjid ni. Kisah masjid berkubah emas ni rupanya pernah dibuat oleh blogger lain, untuk mengelakkan dari persamaan ayat dan data aku terpaksa karang semula naskah aku kali ni. Meh tengok betapa cantik kedua-dua masjid ni.

Di Brunei terdapat 2 buah masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan Masjid Jamek Al-asr @ Masjid Bandar Seri Begawan.



(photo by Mohamed Abbas Zaki)
Masjid Sultan Omar Ali
Kos pembinaan sekitar 5 juta USD, masjid ini pada zamannya dianggap antara bangunan yang terindah didunia. Kalau tengok gambar sekarang ni pun tetap nampak indah jugakan. Kubahnya diperbuat dari emas 24 karat.(Gambar di atas)






Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan
Masjid ini dibina sempena memperingati 25tahun pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Seperti masjid Sultan Omar Ali, 29 kubahnya diperbuat dari emas 24 karat. Masjid ini merupakan sebahagian dari Istana Bolkiah. Kalau nak masuk melawat kena amik pas. Kita boleh tengok pemandangan Bandar Seri Begawan dan juga Kampung Ayer. Terdapat 5 pintu masuk, 2 daripadanya khusus untuk keluarga di-Raja dan tetamu kerajaan. 



Selasa, 12 Jun 2012

Teluk Senangin

Teluk Senangin, pernah dengar tak? Kalau sebut Teluk Batik sure ramai yang tahu walaupun tak pernah pergi. Aku rasa x payah lah nak promote Teluk Batik tu sebab tempat tu sememangnya dah terkenal pun.





Apa yang ada dekat Teluk Senangin ni? Ikutkan takder apa pun sangat, cuma tempat ni cukup tenang dan damai. Sesuai untuk bersantai dengan kawasan pantainya yang luas dan landai. Lupa pulak nak bagitahu kat mana tempat ni kan. Letaknya di Segari, Perak. Kalau ikut jalan Pantai Remis menuju ke Lumut akan jumpa Segari so kalau nak lencong jap bolehla tengok2 kawasan ni. Tak banyak peniaga disini so x banyak la yang nak dibeli disini. Selalunya aktiviti yang kelihatan disini mandi-manda,memancing dan bbq. Aku ada terbaca satu blog yang mengatakan terdapat banyak lalat disini, aku x nafikan, tapi kehadirannya xla sebanyak yang dikatakan. Mungkin disebabkan aktiviti bbq yang mengundang makluk ni. Kalau yang dari selatan tanahair janganlah amik cuti semata-mata nak datang sini,takut frust plak; yela kawasan ni agak terpencil dan sunyi. Korang boleh terus ke Teluk Batik, jarak perjalanan dalam 30 minit dari sini. Teluk Senangin bagi penduduk tempatan cukup popular sebab disini banyak ativiti bersama keluarga mudah dilakukan sebab Teluk Batik kadangkala pengunjung terlampau ramai. So meh layan gambar..


BBQ Time!!


Makan Time!!







Teknik mengendurkan perut lepas makan.. he he


- Jumpa lagi-