Halaman

Translate

Khamis, 31 Mei 2012

World Wide Web / WWW 1@520,000

Kisah plat pendaftaran JPJ WWW1 menjadi perhatian baru-baru ini. Nilai plat tersebut ialah RM 520,000. Ok tutup citer. Tiada apa aku nak komen pun; waktu ia dibida pun ramai blogger dah buat ulasan tentang perkara ni apatah lagi setelah ia diumumkan. Kisah aku berkisar tentang World Wide Web.

Aku dah draft lama benda ni cuma kebetulan kisah WWW1 kat Malaysia heboh diperkatakan maka aku selitkan la sikit. Kisah masjid kubah emas aku tangguh dulu nanti aku sambung semula. Ok jum baca karya aku kali ni.



Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee, (lahir di London, England, 8 Jun, 1955) adalah pencipta World Wide Web dan pengerusi World Wide Web Consortium, yang mengawal selia perkembangannya.Pada tahun 1980, apabila ia masih kontraktor bebas di CERN,Berners-Lee mengilhamkan satu projek yang berdasarkan konsep hiperteks (hypertext) untuk memudahkan perkongsian maklumat dan mengemaskini di kalangan penyelidik.Dengan bantuan dari Robert Cailliau beliau membina sebuah sistem prototaipyang dinamakan Enquire.



Meninggalkan CERN untuk bekerja di Komputer Imej John PooleSystems Ltd, beliau kembali pada tahun 1984 sebagai felo penyelidikan. Beliau menggunakan idea yang sama yang digunakan dalam Enquire untuk mencipta World Wide Web, di mana beliau telah mereka cipta dan dibina pelayarpertama (yang dipanggil WorldWideWeb dan dibangunkan atas NeXTSTEP) dan pelayan web yang pertama dipanggil httpd.


Laman web pertama Berners-Lee (dan oleh itu ia juga merupakan laman webpertama) dan meletakkan dalam talian (online, bahasa mudah) untuk kali pertama pada 6 Ogos, 1991.

Pada tahun 1994, Berners-Lee mendirikan World Wide Web Consortium (W3C)di Massachusetts Institute of Technology.

Sehingga kini, Berners-Lee masih kekal merendah diri dan tidak mahu mendapatkan status popular. Ramai yang masih tidak tahu tenaga kerja lelaki ini iaitu World Wide Web.

Salah satu sumbangan yang besar dalam memajukan World Wide Web ialah beliau tidak mempatenkan jadi ia masih boleh digunakan secara bebas.

Pada 16 Julai, 2004, beliau telah diberi penghormatan KBE oleh Ratu Elizabeth II sebagai penghormatan atas jasa-jasa beliau.



Mamat kat bawah ni kenal tak?  

Sabtu, 26 Mei 2012

Masjid Sultan (kubah emas) Singapura








  Pada tahun 1928, sesudah mendapat wang dari Syarikat Hindia – Timur British sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada.

Lain halnya di Singapura. Seberapa pun besar masjid dibangun di sini, tak ada bunyi azan boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata orang. Walaupun muslim perlu pengingat solat yang unik seperti azan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan “azan” maka azan dilarang bunyi. Kerana minority, maka muslim di Singapura diam saja. Diam merupakan pilihan dan mereka membunyikan azan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar.

Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan azan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat pengecualian.

Rabu, 16 Mei 2012

Masjid Berkubah Emas (Suneri)

golden suneri



                                Masjid Suneri, Lahore, Pakistan
 Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753 Masihi. Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri.

Sabtu, 12 Mei 2012

Masjid Berkubah Emas


Terdapat beberapa masjid berkubah emas didunia. Setakat pengetahuan aku cuma ada tujuh, kalau lebih aku tak tahu. So, kisah masjid berkubah emas ni  datang secara bersiri so aku akan letak secara rambang sedikit demi sedikit. Ok ayuh lihat episod pertama ini: 





   


   Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di jerusalem, Palestine

Masjid Qubbah As Sakhrah juga dikenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya longgokan batu besar.

Isnin, 7 Mei 2012

Yacht Island

buka minda yatch
(ihsan google)
Pulau diatas Bot?

Akan datang belum buat lagi pun..Baru lakaran jer. Sebelum ni bot-bot yang berkonsep kediaman banyak dibina dan laris dijual (kat luar negara la). Konsep bot peranginan mewah ni menarik minat pihak tok arab yang kaya-raya, mana lagi Dubai la. Kalau tak tau pi cari peta tengok kat mana Dubai ni. Cerita ni saja aku nukilan dalam blog aku...yelah untuk rilek2 sikit. Ada yang komen artikel aku kadang2 pendek jer.So pastu aku pun buatla panjang sikit. Tapi tak kisah janji orang yang baca semuanya angguk2 bukan geleng2 maknanya setuju dengan apa yang aku catatkan.Ada juga yang bertanya arah tuju blog aku ni..yelah selagi mampu kita buatla..pada yang nak bagi idea bolehla korang e-mail jer pandapat korang; yang elok dan sesuai aku terima yang tak elok, paham2 jela. Terima kasih juga aku ucapkan pada rakan blogger "krupkraps" yang sering memberi cadangan walaupun aku cuma dengar tapi x ikut sangat pun.Ada juga yang hairan dengan nama bog yang agak skema ni. Bunyi macam ada peluang kerja atau perniagaan tapi bila baca x der la pulak. Well maksud tu ditujukan pada aku sendiri yang mengambil peluang buat blog ni. Mula 2 memang nak niaga sikit pastu aku batalkan tapi sebab dah pilih nama untuk blog ni aku teruskan la jugak. Alhamdullilah banyak juga yang baca dalam 3 bulan ni; samada baca atau cuma blogwalking aku tak tau la pulak.Bagaimanapun jutaan terima kasih pada sesiapa yang membaca blog aku ni.Wassallam.

Selasa, 1 Mei 2012

Fenomena Halo





(ihsan Bernama)



Aku ada berbual dengan dua orang rakan ditempat kerja. Bila sebut pasal Halo jer diaorang tercengang-cengang. Bukanlah nak kata aku ni pandai sangat so dari peristiwa ni aku rasa elok  juga aku masukkan kisah Fenomena Halo ni.  Aku kena refer la jugak maklumat yang aku ada  dan tambah-tambah sedikit; yela mustahil aku boleh hafal data-data yang saintifik sangat. Ok jum kita tengok..


Baru-baru ni Halo jelas kelihatan di Alor setar, Malaysia, beberapa hari lepas kes gempa bumi baru2 ini.Lingkaran pelangi kelihatan mengelilingi matahari. Kalau bulan pun sama gak kita panggil.
Halo ni ada banyak jenis, kalau nak tengok kena taip halo phenomenon la jangan taip halo jer kang macam2 halo plak yang kuar.

Bagaimana ia terjadi?

Ia terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus (sila rujuk buku sains anda) pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter dari paras tanah. Halo juga boleh menjadi petunjuk untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam terutama jika diikuti awan pertengahan (jab kaji cuaca la kata). Awan cirrostratus ni sangat nipis sebab tu bulan atau matahari boleh dilihat melaluinya. Cahaya yang dibiaskan inilah yang dipanggil Halo.